Thursday 18 December 2014

Tips melancong dan percutian yang lebih tenang dan selamat.

Musim2 cuti sekolah hujung tahun ni, pastinya ramai yang sedang bercuti untuk berehat-rehat bersama keluarga tercinta. Masa ni lah ibu dan ayah dapat merapatkan hubungan dengan anak2 mereka. Untuk ibu dan ayah pula, waktu begini digunakan sehabis baik untuk merehatkan minda dan menenangkan fikiran setelah penat bekerja. Tetapi, percutian yang tidak dirancang dengan baik boleh bertukar menjadi kenangan buruk yang tak dapat dilupakan jika beberapa aspek keselamatan diabaikan.


1) Rancang percutian lebih awal bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini seperti kemalangan jalan raya akibat tergesa-gesa dan tiada persediaan awal.
    - Kenderaan yang nak digunakan telah diselia dengan baik.
    - Laluan untuk ke destinasi telah dipastikan terlebih dahulu. Jalan2 itu selamat, mudah dan cepat sampai ke destinasi.

2) Bawa barang yang perlu dan pakaian yang dibawa bersesuaian dengan cuaca serta aktiviti sepanjang percutian. 
    Barang yang terlalu banyak dan tidak perlu akan mengganggu perjalanan. Pakaian yang tak bersesuian akan menyebabkan kita rasa tak selesa dan mungkin boleh mengundang bahaya. (Contoh : bercuti di pulau2 dan tepi2 laut memakai kasut tumit tinggi)

3) Pastikan anda sihat mental dan fizikal.
    Ini penting sebab jika anda tidak sihat, ia akan merbahayakan keselamatan anda dan orang disekeliling.Jadi, jika tahu bila nak bercuti anda harus pastikan beberapa hari sebelum bercuti untuk menjaga pemakanan dan aktiviti anda .

4) Pastikan tempat percutian itu tidak mempunyai masalah mendapatkan air bersih dan mempunyai persekitaran yang bersih.
    Sebahagian negara mempunyai masalah bekalan air bersih. Pastikan anda  minum/makan di tempat yang diyakini bersih. Elakkan minuman / makanan yang dijual di tepi jalan.

5) Study dulu keadaan tempat yang hendak dilawati.
    Dapatkan maklumat tempat yang hendak dilawati seperti keadaan cuaca, makanan, pengangkutan, lokasi     penginapan dan sebagainya. Ini supaya kita tidak tersilap membuat pilihan secara terdesak dan kelam kabut sewaktu percutian.

6) Periksa kawasan sekitar apabila sampai di tempat penginapan / percutian.
    Adalah dinasihatkan untuk memberi perhatian kepada aspek2 keselamatan seperti laluan keluar ketika waktu kecemasan, lokasi alat pemadam api dan nombor yang patut dihubungi ketika dalam kesusahan.

7) Dapatkan info tentang keadaan tempat yang hendak dilawati.
    Elakkan dari melawat negara yang sedang dilanda wabak penyakit seperti Ebola dan sebagainya. Atau tempat peranginan seperti kawasan air terjun yang mempunyai rekod ada masalah kencing tikus.

8) Pastikan anda balik dengan sihat.
    Pastikan anda mendapat rawatan lanjut jika mengalami masalah kesihatan selepas kembali dari percutian.Ini untuk memastikan anda tidak dijangkiti dengan penyakit berjangkit yang merbahaya.


Tips kesihatan ini di ambil dari Buletin HSE (Isu 04) UMW.








Sedang mencari produk Shaklee?

Jika anda membeli produk Shaklee dari saya, anda akan dapat konsultasi secara percuma dari saya tanpa had.

Penghantaran secara percuma di kawasan Teluk Pulai, Sungai Udang, Telok Gadong dan kawasan sekitarnya.













Nisha
Pengedar Shaklee Klang.
012-5425600
Shaklee Independent Distributor ID 912861

Wednesday 17 December 2014

Homemade ais krim yang mudah, sedap dan murah.







Hari ni meh saya share cara buat ais krim yang mudah, cepat dan sedap. Ada banyak resepi buat ais krim yang menggunakan telur ayam. Tetapi saya try cari yang tak menggunakan telur ayam dan saya olah resepi ni sikit mengikut bahan2 yang saya ada di rumah. Mungkin hasilnya tak sehebat ais krim Magnum (muahaahaah) tapi anak2 saya suka. Suami pun puji kata ok dan dia bagi rating tak jauh beza dengan ais krim yang beli kat kedai tu. Heheehhehe..... seronok suami puji. Rasa di awang awangan plak.

Ok. Jom saya share cara buat ais krim ni.

Bahan2 yang saya gunakan :
Susu sejat Ideal.
Susu segar (kotak) rendah lemak Marigold.
Ovalett cake stabiliser.
Serbuk coklat. (Saya guna Oligo 3 in 1)


Cara membuatnya:

1) Mula2 masukkan 2/3 tin susu sejat Ideal ke dalam mangkuk mixer.

2) Kemudian masukkan 1/2 kotak (1 L) susu segar Marigold ke dalam mangkuk mixer tadi.

3) Masukkan 2 sudu kecil ovalett ke dalam mangkuk mixer yang sama jugak.


4) Pukul bahan2 tadi yang dah dimasukkan ke dalam mangkuk dengan menggunakan mixer. Mesin adunan tadi sehingga adunan menjadi kembang. Pukul dalam 20 minit (Adunan tadi akan kembang sehingga penuh 3/4 mangkuk mixer)


5) Masukkan ke dalam bekas makanan yang bertutup. Kemudian masukkan ke dalam freezer.




















6) Tunggu sehingga lebih kurang 6 jam. Ais krim tadi dah boleh dimakan. Tetapi, disebabkan saya menggunakan susu sejat dan bukan susu pekat manis atau whipping cream, ais krim saya tak halus sangat macam ais krim Magnum (muahahaahaha) dan cepat cair bila hidang dalam piring.

TAPI TETAP SEDAP TAU......

Anak2 cakap rasa macam ais krim Milo dalam kotak tu.






















Sekian sajalah resepi saya untuk harini. Lepas ni saya bagi resepi lain pulak ye.



3 fakta menarik tentang saya.


Assalamua'laikum. Entry ni sepatutnya saya dah buat 3 minggu yang lepas. Tapi saya buntu sebenarnya. Sebab saya tak tahu nak cerita apa yang menarik tentang  diri saya. Dan saya tak tahu nak ceritakan macam mana. Minggu lepas saya ada tanya suami saya dan Isnin minggu lepas ni baru dia bagitau.Hurrmmm....

Gambar raya Aidilfitri 2014.

Yang pertama, suami saya cakap saya ni jenis yang "asal boleh" dan selamba. Yup, point ni memang selalu suami sebut kat saya. Dia kata saya ni jenis yang kadang2 tu hati kering. Kalau perkara tu memang betul, selalunya saya buat jek. Sebab kadang2 kalau terlalu di fikirkan sangat, tak dapat nanti atau kita akan tertinggal.

Gambar di Empire Shopping mall, Subang.


Contoh; situasi waktu nak park kereta. Kadang2 tu, ada segelintir yang dia masuk dalam kereta tapi dok buat benda lain. Dekat nak 5 minit tak keluar lagi dari parking. Biasanya, saya kan turun dari kereta dan ketuk cermin kereta dia dan tanya samada dia nak keluar kan kereta atau tidak. Sebab, kalau dia belum lagi nak keluarkan kereta, lebih baik saya cari tempat lain. Atau kadang2 tu dia tak perasan ada orang sedang tunggu tempat parking tu. So, lebih baik bertanya dan pastikan. Takda lah nanti, bila kita dah gerak ke tempat lain dan dia pun keluarkan kereta. Ha.....kan dah rugi tu.

Yang kedua, suami bagitau yang saya ni pemurah dari segi kewangan. Huhuhuhu.....yang ni saya tak tau macam mana nak cerita sebenarnya. Mungkin ye saya ni pemurah, tetapi tengok orang jugak lah. Kalau memang orang tu betul2 susah, yang ni memang saya ok je nak tolong. Tapi kalau belanja setiap bulan macam orang gaji RM10k, pastu gaji cuma RM1K, hahahahaha...........jangan harap saya akan bagi dia duit. Sebab saya pun berjimat untuk simpan duit tau......Errrr.....macam ni boleh kira saya pemurah ke ekkk....

Yang ketiga, suami cakap saya ni tegas. Yup, yang ni betul kot. Walaupun kadang2 saya rasa macam lebih kepada "keras kepala". Hurrrmmmm....Hahahahaaha..........Saya ni jenis yang kalau saya tak nak atau saya tak suka, memang sampai sudah lah saya tak nak atau tak suka. Kecuali ada perkara2 yang boleh menukar perception saya. Wallahua'lam....

Gambar di Shaklee HQ, Bangunan Pinnacle, Sunway.

Untuk pengetahuan, ramai kawan2 saya cakap saya ni jenis blur. Biasanya gosip2 kat office mesti saya ketinggalan. Dan kadang2 saya tak perasan pun apa yang sedang berlaku disekeliling saya. Jadi saya ni jenis yang susah nak suka ke, tak suka ke. Ehhh....boleh kait tak dengan point ketiga tadi. 😙

Yang keempat, tak ada. Okl lah. Cukuplah dengan cerita di atas ni. Tak boleh banyak2. Bahaya. Muahahahaha.......









Jika anda membeli produk Shaklee dari saya, anda akan dapat konsultasi secara percuma dari saya tanpa had.

Berminat untuk mencuba produk Shaklee, boleh hubungi saya.

Penghantaran secara percuma di kawasan Teluk Pulai, Sungai Udang, Telok Gadong dan kawasan sekitarnya.


Nisha
Pengedar Shaklee Klang.
012-5425600
Shaklee Independent Distributor ID 912861

Pengedar Shaklee dan COD Shaklee di Klang.

Assalamua'laikum dan salam sejahtera.

Saya adalah pengedar Shaklee di Klang yang sah. Kawasan COD saya ialah di Teluk Pulai, Sungai Udang, Telok Gadong, Kampung Delek, Jalan Yadi, Sungai Bertik, dan kawasan disekelilingnya. Untuk kawasan yang jauh sedikit dari yang saya sebutkan di atas ni,  boleh juga diaturkan penghantarannya (insyaAllah, kalau anda beli banyak). 



Biasanya untuk penghantaran di kawasan Klang, saya akan hantar produk Shaklee anda selepas pukul 8.30 malam (kalau hari berkerja) dan kalau hujung minggu boleh mengikut hari yang saya dan anda selesa.

Jangan risau tentang pembayaran. Dah namanya COD (cash on delivery) kan....pembayaran boleh dibuat sewaktu penghantaran produk Shaklee ke tangan anda.

Jika anda membeli produk Shaklee dari saya, anda akan dapat konsultasi secara percuma dari saya tanpa had. Konsultasi adalah "tiptop". 

Untuk yang berada di luar jangkauan saya, jangan risau kerana saya boleh pos kan produk Shaklee anda pada bila2 masa sahaja. (errrr...tak ada lah bila2 masa, ikut courier service tu kerja atau tak lah kan).

Berminat untuk mencuba produk Shaklee, sila hubungi saya.


Nisha
Pengedar Shaklee Klang. 012-5425600
Shaklee Independent Distributor ID 912861

Friday 5 December 2014

8 khasiat utama vitamin E yang bagus untuk suami dan isteri.

Assalamua'laikum. Vitamin E adalah antara vitamin penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina. Vitamin E biasanya terkenal sebagai vitamin cantik kerana ia mampu untuk merawat kulit untuk lebih cantik. Tetapi antara manfaat utama vitamin E kepada suami dan isteri ialah ia juga bertindak sebagai vitamin untuk masalah kesuburan.




8 manfaat utama vitamin E Shaklee untuk suami dan isteri yang perlu kita tahu :

1) Melindungi jantung.
    Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merahuntuk     mengelakkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolytic, penyakit jantung, dll.

2) Mempertingkatkan kemampuan reproductive.
    Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. Dan ini memulihkan kemampuan reproductive (berdasarkan kajian pada tahun 1924).

3) Anti-penuaan.
    Mampu memulihkan tekstur kulit, ton muka, dada dan otot peha. Hanya 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bin tick penuaan.

4) Anti-oksidan yang tinggi.
    Pengambilan lebih dari 1200 IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi katarak dan masalah penglihatan.

5) Kelestarian tenaga.
    Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

6) Memperbaiki arthritis.
    Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kita ran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.

7) Menghalang keguguran.
    Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran.

8) Memperbaiki parut.
    Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


Untuk menggandakan kesan anti-oksidasi dalam melawan radikal bebas, pakar nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, vitamin C dan vitamin E)














Sedang mencari produk Shaklee? Berminat untuk mencuba mana2 produk Shaklee? Dapatkan konsultasi percuma tanpa had dengan menjadi customer saya.

Penghantaran keseluruh Malaysia melalui kurier servis. Penghantaran terus ke rumah secara COD di kawasan Telok Gadong, Teluk Pulai, Sungai Udang dan kawasan disekitarnya.

Hubungi pengedar Shaklee anda.

Pengedar sah Shaklee : Nisha
Whatssap/Telegram    : 012-5425600
Shaklee ID                  : 912861



Wednesday 3 December 2014

Mencari semangat yang hilang untuk kekal istiqamah menuju WAHM.

Assalamua'laikum. Mencari semangat yang hilang untuk kekal pada momentum yang sama. Biasa lah kan semangat kita ni ada waktu pasang surut nya. Roda hidup berputar putar kadang2 laju kadang2 perlahan. Jadi ada masa nya kita di bawah ada masa nya kita di atas. Untuk kekal istiqamah pada usaha yang sedang kita lakukan, kita harus lah mencari apa yang boleh kita kekal positif. List kan apa yang membuatkan kita dalam keadaan negatif dan cari jalan yang boleh menukarkan negatif tadi jadi positif.



Ada juga waktu nya yang kita dah buat macam2 tetapi kita macam2 dugaan terus menimpa. Lagi kuat kita merintih pada yang Maha ESA lagi kuat cabarannya. Itu sebenarnya Allah nak menguji kekuatan Iman kita. Kepercayaan kita pada Allah yang maha berkuasa. Itu menunjukkan Allah sebenarnya sayang dan ambil berat tentang kita. Jadi, bersabarlah dan terus lah berusaha.



Banyak kan berzikir dan berdoa meminta pada Allah. Lagi stress dugaan yang kita dapat, lagi banyak kita perlu berzikir supaya kita tidak mudah terpesong atau tidak mudah terpedaya dengan bisikan Syaitan nirrajim. Sebab bila kita dalam keadaan "down", hati kita lebih rapuh. Masa ni lah Syaitan akan memainkan peranan nya. Jadi dengan berzikir dan solat insyaAllah kita akan dilindungi dari Syaitan.



Sewaktu saya dalam keresahan, bersedih atau tengah serabut, saya lebih suka beristighfar dan baca ayat di dalam gambar di atas. Saya akan baca berulang ulang kali sampai lah saya penat atau sampai lah situasi sedih saya tu habis dilalui. Contohnya, kalau ada presentation dengan top management di tempat kerja. Saya akan baca (dalam hati) berulang ulang kali sampai habis presentation tu. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar.

Apa yang penting, percaya pada kekuasaan Allah S.W.T. Terus kan meminta dan berdoa.

Semoga usaha saya menuju WAHM akan berjaya dicapai.



















Sedang mencari produk Shaklee? Berminat untuk mencuba mana2 produk Shaklee? Dapatkan konsultasi percuma tanpa had dengan menjadi customer saya.


Penghantaran keseluruh Malaysia melalui kurier servis. Penghantaran terus ke rumah secara COD di kawasan Telok Gadong, Teluk Pulai, Sungai Udang dan kawasan disekitarnya.

Hubungi pengedar Shaklee anda.

Pengedar sah Shaklee : Nisha
Whatssap/Telegram    : 012-5425600
Shaklee ID                  : 912861






Tuesday 2 December 2014

Cheesekut yang mudah dan cepat.

Assalamua'laikum. Hari ini saya nak share resepi cheesekut yang mudah dan cepat. Bahan2 yang digunakan tidak mengikut sepenuhnya resepi2 lain yang biasa dibuat. Saya menggunakan apa yang ada di rumah. Yang penting hasilnya sedap alhamdulillah. Menepati selera saya.

Biskut lemak 4 segi tu memang dah lama tersimpan. Ada dalam 4 bulan kot. Tersimpan je 7 keping dalam botol tu. Tak siapa nak makan. Nak buang sayang pulak. Oleh kerana dah agak lemau, jadi saya masukkan dalam oven dulu. Nak rangupkan dan wangikan balik. Tak de lah bau biskut lemau kan. Hehehehe...... Setting oven seperti dibawah ni. Set pada 150degC selama 15 minit.



Bahan2 yang diperlukan :

Biskut lemak 4 segi tu. 
Biskut butang.
Cream cheese.
Susu segar dalam kotak perisa vanilla. (1/2 liter)
Serbuk minuman coklat segera 3 in 1.


Mula2 masukkan cream cheese ke dalam mangkuk mixer bersama dengan susu segar kotak. Cream cheese tu masukkan semuanya. Kemudian, masukkan 1/2 liter susu segar. Mix kan kedua duanya sehingga nampak kembang selama lebih kurang 20 minit.





Cream cheese dalam mangkuk mixer.

Susu segar dalam mangkuk mixer bersama cream cheese yang belum di putarkan.


Setelah kedua dua adunan tadi dah kembang, boleh lah dituangkan kedalam bekas yang telah disusun dengan biskut lemak 4 segi tu. Selang seli kan antara biskut dan aduan tadi.


Oleh kerana adunan ada lebih dan biskut lemak 4 segi tu dah habis, saya gunakan biskut butang untuk kat bahagian atas sekali. Tuang kan adunan yang terakhir dan taburkan minuman serbuk coklat 3 in 1. Rasa manis dari minuman serbuk coklat dan gula ising dari biskut butang tu akan membantu untuk balance kan rasa masam dari cream cheese tu.


Masukkan dalam peti ais selama 2-3 jam. Nak makan kena ceduk guna sudu sebab adunan cream cheese dan susu segar tidak melikat. Tapi tetap marvellous. Jom cuba. Pasti tak menyesal.




















Sedang mencari produk Shaklee? Berminat untuk mencuba mana2 produk Shaklee? Dapatkan konsultasi percuma tanpa had dengan menjadi customer saya.

Penghantaran keseluruh Malaysia melalui kurier servis. Penghantaran terus ke rumah secara COD di kawasan Telok Gadong, Teluk Pulai, Sungai Udang dan kawasan disekitarnya.

Hubungi pengedar Shaklee anda.

Pengedar sah Shaklee : Nisha
Whatssap/Telegram    : 012-5425600
Shaklee ID                  : 912861

Monday 1 December 2014

2 kegunaan lain halia selain bahan utama masakan yang pasti anda taktahu.

Halia yang saya tahu ada halia tua, halia muda, dan halia bara. Untuk buat ubat biasanya orang akan guna halia bara. Saya pernah rasa halia bara ni. Memang "pedas" dia rasa lain macam sikit. Yang puas hati, kalau makan time sakit perut, perrghhhh.....memang puas hati hasilnya.

Entry kali ni saya nak cerita mengenai halia tua yang saya beli minggu lepas. Saya beli hampir 1kg ~ RM10. Banyak tuueeee...... Tujuan utama beli halia tua ni sebenarnya nak buat air. Ada 2 jenis air yang saya buat. Satu air yang akan digunakan untuk nyah kan bau najis kucing supaya kucing2 tak akan datang "membuang" lagi dihalaman rumah saya. Petua ni parents saya yang bagi. Yang kedua infused water untuk meningkatkan sistem imun badan.

Mula2 cuci halia ni. Memandangkan masih banyak tanah yang melekat, letak halia dalam singki dan alirkan air paip. Tinggal kat celah2 yang payah tu, kita rendam halia2 ni. Agak2lah kalau dah tanggal tanah2 yang melekat kat halia2 tu, boleh dikeringkan pulak.




Pada hari yang kita nak spray kat kawasan yang terbabit tu, kita blend halia2 tu dengan kulit2 nya sekali. Tapis untuk dapatkan airnya dan masukkan air halia ke dalam botol yang ada spray nozzle. Contoh kat bawah ni saya guna botol Febreeze yang dah kosong.



Yang tinggal kat tapis tu, perah dia. Sayang tau....




Dah boleh terus spray kat kawasan yang terlibat. Hampas halia tu boleh je tabur2 kan kat atas rumput tu. 2-3 hari sekali boleh spray lagi.



Yang kedua, buat infused water. Yang ni mudah. Hiris2 je semuanya. Hiris halia, lemon, limau potong (tak da pun tak apa), dan timun mengikut saiz yang mudah nak masukkan dalam botol minuman nanti.



Perah dulu lemon dan limau sebelum masukkan je terus dalam botol bercampur air kosong. Kalau tak perah, rasa nya tak sedap sangat. Wangi lemon tu tak ada.






















Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan 2-3 jam sebelum boleh minum. Mudah kan.....



















Sedang mencari produk Shaklee? Berminat untuk mencuba mana2 produk Shaklee? Dapatkan konsultasi percuma tanpa had dengan menjadi customer saya.

Penghantaran keseluruh Malaysia melalui kurier servis. Penghantaran terus ke rumah secara COD di kawasan Telok Gadong, Teluk Pulai, Sungai Udang dan kawasan disekitarnya.

Hubungi pengedar Shaklee anda.

Pengedar sah Shaklee : Nisha
Whatssap/Telegram    : 012-5425600
Shaklee ID                  : 912861