Monday 9 February 2015

Stok ayam untuk masak bubur bayi.


Assalamua'laikum. Satu lagi menu untuk bubur baby ialah bubur nasi ayam. Stok ayam tu haruslah yang kita buat sendiri. Bukan stok ayam beli kedai tau. Nak buat stok ayam ni senang aje.

Bahan-bahan yang diperlukan: 
Isi ayam dan tulang2 nya.
Bawang merah.
Bawang putih.
Daun celery.
Lobak.
Halia (sikit je).

Cara-caranya ialah:

Mula-mula hiris semua bahan. Halia cuma ketuk pecahkan je. Lepas tu masukkan je semua ni dalam periuk sekali dengan ayam. Isi air yang ditapis sehingga penuh periuk. 



Biarkan mendidih sehingga masak. Bila dah keluar lemak-lemak dan "manis" ayam tu, boleh lah tutup api.


Untuk sukatan air, isi air sehingga penuh periuk dan bahan-bahan tadi cuma dalam 1/5 periuk. Tutup api bila air dalam periuk tu dah jadi 3/5 periuk.


Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam bekas bertutup untuk disimpan dalam freezer. Saya guna bekas plastik yang biasa guna untuk dadih tu je. Agak-agak lah sukatan setiap bekas untuk sekali masak bubur.





















Bila-bila nak masak bubur anak, cuma perlu keluarkan dari bekas plastik tu dan masukkan dalam periuk bersama sukatan beras dan air untuk masak bubur.

Mudah aje....selamat mencuba.




Berminat untuk membeli mana2 produk Shaklee?

Penghantaran secara percuma atau COD di kawasan Sungai Udang Klang, Telok Gadong, Teluk Pulai dan kawasan sekitarnya.

Hubungi saya segera. Anda akan dapat konsultasi cara makan yang betul dengan menjadi customer saya. 















Nisha
Wassup/telegram : 012-5425600
SID : 912861