Friday 31 July 2015

Keluar dari zon selesa - Dah bersedia ke belum? Perlu tunggu apa lagi...

Keluar dari zon selesa......

sumber dari mamaalya.com


Bukan mudah untuk keluar dari zon selesa jika hati dan keinginan tidak kuat. 

Senaraikan cita-cita atau matlamat yang kita ingin kan. Lihat pada senarai itu. Adakah kita sudah mencapainya atau masih belum lagi atau sebenarnya masih jauh lagi sehinggakan "bayang-bayang" kejayaan tu pun tidak kelihatan.





Ianya memang tidak mudah. Tapi saya pasti, disetiap kesulitan dan kepahitan itu akan ada kesenangan dan kemanisannya. 

Apa yang saya dapat rasa sekarang, hidup saya tidak lagi membosankan dan saya akan sentiasa memastikan diri berada di dalam cas-cas positif kerana ia nya perlu untuk terus berusaha tanpa perasaan keluh kesah.

Mengikut artikel yang saya dapat dari Harian Metro ni, ada banyak benarnya kenapa kita perlu mula keluar dari zon selesa. 



Berada di tempat selesa memang seronok, namun ia tidak memberi kebaikan untuk jangka panjang. Basyar Mustapha mengajak golongan belia keluar dari zon selesa yang bersifat sementara.
Peninju hebat dunia Muhammad Ali pernah berkata mereka yang tidak berani untuk mengambil risiko tidak akan mencapai apa-apa dalam kehidupan.

Sebagai anak muda, kita digalakkan berusaha dan keluar dari zon selesa adalah satu daripada langkahnya. Namun pasti ramai yang kurang pasti dan tertanya-tanya apakah itu zon selesa.

Zon selesa adalah ruang atau situasi kita selesa berada di dalamnya. Ruang dan situasi ini lama- kelamaan membuatkan kita berasa terlalu selamat dan tidak mahu keluar daripadanya.

Menurut penulis dan pakar motivasi dari Amerika Syarikat, Bo Parrish dalam zon ini, kita tidak mengalami sebarang emosi yang ketara dan perasaan yang ada hanya statik saja.

Natijahnya kita berada di takuk sama dan tidak dapat mengeksploitasi kemampuan diri. Pada yang mula sedar dan mahu keluar dari zon selesa, kaki pula seakan-akan berat melangkah, hati berasa berdebar dan minda tidak dapat melihat kebaikannya. Itulah penangan apabila kita terlalu lama di zon selesa terutama sejak zaman muda.

Simptom zon selesa

  • Walaupun kita sibuk, namun kita masih tidak mendapat kepuasan. Impian sebenar kita masih di tahap ‘tunggu dulu’.
  • Walaupun berlaku sedikit perubahan kita berasakan tidak selesa dan berdebar.
  • Sentiasa berfikir untuk melepaskan impian bukan keselesaan sekarang.

Kenapa perlu keluar?

Kekal berada dalam zon selesa bukanlah sesuatu yang tidak bagus atau teruk sebenarnya. Siapa yang tidak suka pada keselesaan apabila kita rasa selamat dan tidak perlu memikirkan risiko dan masalah lain di luar. Misalnya berehat menonton televisyen selepas waktu bekerja, ada ibu bapa atau pasangan yang membantu kita dalam banyak perkara atau melakukan kerja rutin di pejabat seadanya asalkan ia siap memang membuatkan kita berasa selesa.

Namun, kehidupan kita hanya setakat itu saja untuk jika tiada keajaiban yang berlaku. kita tidak akan belajar benda baru, gagal melihat peluang yang ada di sekeliling dan berada di tahap yang sama dengan hanya bergantung pada nasib. Hanya dengan melangkah keluar dari zon selesa pencapaian kita akan 
mula berkembang.


Langkah keluar dari zon selesa


  • Tulis matlamat yang tepat. ‘Saya mahu kerja yang lebih baik’, adalah matlamat yang terlalu kabur. Sebaliknya katakan ‘saya mahu pekerjaan yang memberikan saya kebebasan kewangan dan kepuasan peribadi sementara masih memberikan saya masa yang cukup untuk bersama keluarga.’
  • Tulis semua pemikiran negatif yang mungkin menghalang kita daripada mencapai impian sendiri. sebagai contoh ‘saya terlalu tua untuk melakukan ini’, ‘saya tidak akan mendapat wang yang cukup untuk hidup.’
  • Apabila selesai, baca setiap pemikiran negatif itu dengan kuat dengan memulakannya dengan ayat ini ‘saya melepaskan kepercayaan negatif ini daripada ia terus menghantui hidup saya.’
  • Fikirkan apakah pencapaian atau yang kita ada yang menampakkan kita boleh mencapai matlamat kita. Walaupun tidak banyak atau tidak kuat, kita sudah ada batu loncatan.
  • Beri matlamat atau impian kita satu jangka masa. Ini akan membantu kita mengelak penangguhan.
  • Mulakan dengan memiliki satu jurnal khas. Tulis misi dan pelan untuk mencapainya dengan jelas. Dari semasa ke semasa, catatkan apa yang kita lakukan untuk mencapainya.
  • Bina jaringan keselamatan. Maksudnya, pastikan anda tahu siapa yang boleh anda hubungi dan minta nasihat pada waktu sukar. Ibu bapa, rakan baik atau mentor mungkin boleh membantu memberi motivasi.



Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2015 @ 9:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66689








Berminat untuk membeli mana-mana produk Shaklee? 

Penghantaran secara percuma atau COD di kawasan Sungai Udang Klang, Telok Gadong, Teluk Pulai dan kawasan sekitarnya. 

Hubungi saya segera. Anda akan dapat konsultasi cara makan yang betul dengan menjadi customer saya. 












Nisha 
012-5425600 
SID : 912861

No comments:

Post a Comment